Tuesday, May 28, 2013

cara mengelakkan makan malam yang banyak

hai semua...sihat? dah lama saya menyepi kan? maklumlah membawa diri katakan... sob3....hehehe...xda la saja je kata gitu, al maklumlah busy dengan belajar la kan....saya ada benda yang hendak dikongsi dengan anda semua...tajuknya amat menarik bagi saya bab saya penggemar makan malam...sebab itu makin lama makin sihat... hendak tengok saya yang sekarang? boleh je..sekejap ye...

hah inilah saya... makin berisi kan? saya nak kongsikan kat anda semua gambar saya kurus sebelum ni...
oh tidak!!! saya rindukan masa kurus saya dulu :(... ni semua punca saya makan malam dengan kuantiti yang  banyak...

kebetulan suatu hari tu, saya terbaca kat paper tentang cara untuk elak makan malam yang banyak...
pertama sekali, kita mestilah elak makan hidangan yang besar. kajian mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. seseorang akan makan lebih banyak ketika makan bersama orang lain daripada makan bersendirian
kedua, jangan langkau waktu makan tengahari. sesetengah orang terutamanya wanita suka melangkau waktu makan tengahari kerana mungkin sibuk dengan bekerja. namun amalan ini ada kelemahannya kerana menyebabkan anda berasa terlalu mendorong makan berlebihan pada waktu malam.
ketiga, kita perlu mengawal tekanan. makan malam mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. ia dianggap sebagai salah satu cara melepaskan tekanan dan melupkan segala masalah.
ok...yang last sekali penting sangat.. jangan makan sambil menonton televisyen....beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan rapat antara menonton televisyen dengan kegemukan adalah benar. kebanyakan orang yang menonton televisyen sambil menguyah makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti aiskrim, coklat, kerepek dan keropok. so, elakkan ya kengkawan!!!
syoknya tengok adik ni makan pop corn...sedar2 mahu habis 1 bekas...hihihi...



No comments:

Post a Comment