pagi tadi saya dapat call dari ayah saya bahawa ibu saya disahkan menghidap penyakit kencing manis. oh,tidak!!! kesian ibu saya..saya harap anda semua doakan ibu saya sihat selalu ya... hanya ALLAH je yang tahu bagaimana risaunya hati saya apabila dapat tahu tentang sakit ibu ini...
sebelum ini, ibu saya menghidap penyakit darah tinggi, bila darah tinggi dah tiada muncul plak sakit lain....macam mana tu... seperti kita tahu, sakit darah tinggi dan kencing manis selalunya penyakit keturunan kan? jika salah seorang ibu bapa kita menghidap penyakit yang berketurunan ini, maka anak-anaknya bakal mewarisi penyakit ini adalah tinggi.
kencing manis adalah suatu keadaan di mana tahap gula di dalam darah lebih tinggi.. Punca-punca menghidap sakit kencing manis ini ialah masyarakat kita tidak mengambil endah tentang cara pemakanan. cara pemakanan perlu juga dijaga untuk mendapat tubuh badan yang sihat. pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badan kita berfungsi dengan baik. selain itu, kita perlu mengurangkan makan makanan yang berminyak, berlemak dan kolestrol. kurangkan mengambil makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi serta kurangkan minuman yang manis contohnya air yang bergas.
selain itu, kurang bersenam juga boleh menyebabkan menghidap pelbagai penyakit...bukan sahaja menghidap penyakit kencing manis, bahkan pelbagai penyakit akan timbul...bersenam memainkan peranan yang penting dalam mempertingkatkan kecergasan untuk melawan atau mengawal penyakit.
Biasanya penyakit n sikap dr mak ayah akan cenderung turun ke anak no 2. Asidah anak ke berapa? Btw tq service cuckoo tadi.
ReplyDelete