Tuesday, May 28, 2013
khasiat telur
sebenarnya terdapat kekeliruan dan kontroversi jika kita berbicara tentang telur. antaranya, makan telur punca luka bernanah atau lambat baik. sebaliknya, masalah itu terjadi bila tubuh seseorang itu kurang protein .ada juga mitos mengatakan bahawa orang ramai fobia untuk makan telur kerana mempunyai kolesterol yang amat tinggi. ia meninggikan risiko untuk menghidap penyakit jantung... wow takutnya!! rupanya ada keburukan yang tersirat bagi pengemar makan telur ni.. kenapa orang ramai tidak memandang serius dengan semua ini ye?? tetapi ada juga kebaikan telur yang patut kita tahu. telur merupakan sumber protein yang tinggi. telur memberikan mineral dan vitamin yang tinggi. tahukah anda semua telur merupakan satu-satunya sumber vitamin D daripada makanan..selalunya vitamin D adalah dari cahaya matahari pagi. selain itu, terdapat tiga belas jenis mineral dan garam galian yang dibekalkan telur untuk badan. telur juga menyebabkan rambut dan kuku kelihatan sihat dan subur. nah! begitu banyak khasiat untuk tubuh badan kita. siapa kata telur kurang baik kepada kesihatan. fikir-fikirkan lah ye....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment