Wednesday, May 29, 2013

amalan merokok amalan yang tidak sihat






amalan merokok sudah menjadi  trend kepada masyarakat di Malaysia kini. mereka mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat dan sanggup berhabis wang semata-mata untuk membeli rokok.mereka tidak akan rasa sempurna  tanpa rokok. tak gitu? 
 seperti kita tahu, rokok memberi banyak kesan negatif kepada sistem tubuh badan kita.
sebelum ini ayah saya seorang perokok, kerap juga dia menghisap rokok...selalunya lepas makan mesti dia akan merokok....itu sudah menjadi rutin hariaanya.Lama-kelamaan dia mengalami batuk darah yang teruk sehingga sukar untuk bernafas dengan selesa. Lalu doktor mengsyorkan kepada ayah untuk berhenti merokok dengan segera jika ayah hendak sihat. mula-mula sukar jugak ayah hendak berhenti..
dengan adanya kami sekeluarga yang selalu memberi kata semangat kepada ayah, sedikit sebanyak membantu ayah untuk berhenti merokok. Langkah pertama yang ayah ambil ialah ayah mengurangkan dari melepak dengan rakan-rakan yang menghisap rokok...maksudnya mengasingkan diri sementara  untuk menstabilkan kesihatannya.selain itu, ayah memperbanyakkan minum air suam.. kita sendiri tahu bahawa terdapat banyak khasiat apabila kita mengamalkan minum air suam dalam rutin harian  kita. Bak kata ayah, sebenarnya hendak berhenti merokok semuanya terletak pada diri kita, jika kita hendak berubah, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengubahnya. 

Yang penting kita perlu melawan keinginan untuk merokok. ia memang lazim berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya kita merokok.Ingatlah bahawa setiap kali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok. Lama-kelamaan keinginan untuk merokok akan hilang buat selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment