pagi tadi saya dapat call dari ayah saya bahawa ibu saya disahkan menghidap penyakit kencing manis. oh,tidak!!! kesian ibu saya..saya harap anda semua doakan ibu saya sihat selalu ya... hanya ALLAH je yang tahu bagaimana risaunya hati saya apabila dapat tahu tentang sakit ibu ini...
sebelum ini, ibu saya menghidap penyakit darah tinggi, bila darah tinggi dah tiada muncul plak sakit lain....macam mana tu... seperti kita tahu, sakit darah tinggi dan kencing manis selalunya penyakit keturunan kan? jika salah seorang ibu bapa kita menghidap penyakit yang berketurunan ini, maka anak-anaknya bakal mewarisi penyakit ini adalah tinggi.
kencing manis adalah suatu keadaan di mana tahap gula di dalam darah lebih tinggi.. Punca-punca menghidap sakit kencing manis ini ialah masyarakat kita tidak mengambil endah tentang cara pemakanan. cara pemakanan perlu juga dijaga untuk mendapat tubuh badan yang sihat. pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badan kita berfungsi dengan baik. selain itu, kita perlu mengurangkan makan makanan yang berminyak, berlemak dan kolestrol. kurangkan mengambil makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi serta kurangkan minuman yang manis contohnya air yang bergas.
selain itu, kurang bersenam juga boleh menyebabkan menghidap pelbagai penyakit...bukan sahaja menghidap penyakit kencing manis, bahkan pelbagai penyakit akan timbul...bersenam memainkan peranan yang penting dalam mempertingkatkan kecergasan untuk melawan atau mengawal penyakit.
potato crisps
Wednesday, May 29, 2013
amalan merokok amalan yang tidak sihat
seperti kita tahu, rokok memberi banyak kesan negatif kepada sistem tubuh badan kita.
sebelum ini ayah saya seorang perokok, kerap juga dia menghisap rokok...selalunya lepas makan mesti dia akan merokok....itu sudah menjadi rutin hariaanya.Lama-kelamaan dia mengalami batuk darah yang teruk sehingga sukar untuk bernafas dengan selesa. Lalu doktor mengsyorkan kepada ayah untuk berhenti merokok dengan segera jika ayah hendak sihat. mula-mula sukar jugak ayah hendak berhenti..
sebelum ini ayah saya seorang perokok, kerap juga dia menghisap rokok...selalunya lepas makan mesti dia akan merokok....itu sudah menjadi rutin hariaanya.Lama-kelamaan dia mengalami batuk darah yang teruk sehingga sukar untuk bernafas dengan selesa. Lalu doktor mengsyorkan kepada ayah untuk berhenti merokok dengan segera jika ayah hendak sihat. mula-mula sukar jugak ayah hendak berhenti..
dengan adanya kami sekeluarga yang selalu memberi kata semangat kepada ayah, sedikit sebanyak membantu ayah untuk berhenti merokok. Langkah pertama yang ayah ambil ialah ayah mengurangkan dari melepak dengan rakan-rakan yang menghisap rokok...maksudnya mengasingkan diri sementara untuk menstabilkan kesihatannya.selain itu, ayah memperbanyakkan minum air suam.. kita sendiri tahu bahawa terdapat banyak khasiat apabila kita mengamalkan minum air suam dalam rutin harian kita. Bak kata ayah, sebenarnya hendak berhenti merokok semuanya terletak pada diri kita, jika kita hendak berubah, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengubahnya.
Yang penting kita perlu melawan keinginan untuk merokok. ia memang lazim berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya kita merokok.Ingatlah bahawa setiap kali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok. Lama-kelamaan keinginan untuk merokok akan hilang buat selama-lamanya.
Tuesday, May 28, 2013
cili merah!!!
wow!!! tertariknya dengan kajian Profesor Zhen Chun Yu Chen dari Universiti Chinese di Hong Kong mengatakan bahawa kandungan dalam cili merah yang pedas memiliki manfaat signifikan untuk melindungi daripada penyakit jantung. selain itu, mengambil makanan dengan campuran cili di dalamnya, selain memberikan rasa pedas ternyata juga dapat membantu mengatasi masalah berat badan. penilitian terbaru menunjukkan cabai merah ampuh untuk menekan nafsu makanan seseorang. ia juga dapat mengurangkan rasa lapar dan meningkatkan pengeluaran tenaga.
khasiat telur
sebenarnya terdapat kekeliruan dan kontroversi jika kita berbicara tentang telur. antaranya, makan telur punca luka bernanah atau lambat baik. sebaliknya, masalah itu terjadi bila tubuh seseorang itu kurang protein .ada juga mitos mengatakan bahawa orang ramai fobia untuk makan telur kerana mempunyai kolesterol yang amat tinggi. ia meninggikan risiko untuk menghidap penyakit jantung... wow takutnya!! rupanya ada keburukan yang tersirat bagi pengemar makan telur ni.. kenapa orang ramai tidak memandang serius dengan semua ini ye?? tetapi ada juga kebaikan telur yang patut kita tahu. telur merupakan sumber protein yang tinggi. telur memberikan mineral dan vitamin yang tinggi. tahukah anda semua telur merupakan satu-satunya sumber vitamin D daripada makanan..selalunya vitamin D adalah dari cahaya matahari pagi. selain itu, terdapat tiga belas jenis mineral dan garam galian yang dibekalkan telur untuk badan. telur juga menyebabkan rambut dan kuku kelihatan sihat dan subur. nah! begitu banyak khasiat untuk tubuh badan kita. siapa kata telur kurang baik kepada kesihatan. fikir-fikirkan lah ye....
cara mengelakkan makan malam yang banyak
hai semua...sihat? dah lama saya menyepi kan? maklumlah membawa diri katakan... sob3....hehehe...xda la saja je kata gitu, al maklumlah busy dengan belajar la kan....saya ada benda yang hendak dikongsi dengan anda semua...tajuknya amat menarik bagi saya bab saya penggemar makan malam...sebab itu makin lama makin sihat... hendak tengok saya yang sekarang? boleh je..sekejap ye...
hah inilah saya... makin berisi kan? saya nak kongsikan kat anda semua gambar saya kurus sebelum ni...
oh tidak!!! saya rindukan masa kurus saya dulu :(... ni semua punca saya makan malam dengan kuantiti yang banyak...
kebetulan suatu hari tu, saya terbaca kat paper tentang cara untuk elak makan malam yang banyak...
pertama sekali, kita mestilah elak makan hidangan yang besar. kajian mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. seseorang akan makan lebih banyak ketika makan bersama orang lain daripada makan bersendirian
kedua, jangan langkau waktu makan tengahari. sesetengah orang terutamanya wanita suka melangkau waktu makan tengahari kerana mungkin sibuk dengan bekerja. namun amalan ini ada kelemahannya kerana menyebabkan anda berasa terlalu mendorong makan berlebihan pada waktu malam.
ketiga, kita perlu mengawal tekanan. makan malam mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. ia dianggap sebagai salah satu cara melepaskan tekanan dan melupkan segala masalah.
ok...yang last sekali penting sangat.. jangan makan sambil menonton televisyen....beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan rapat antara menonton televisyen dengan kegemukan adalah benar. kebanyakan orang yang menonton televisyen sambil menguyah makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti aiskrim, coklat, kerepek dan keropok. so, elakkan ya kengkawan!!!
syoknya tengok adik ni makan pop corn...sedar2 mahu habis 1 bekas...hihihi...
Thursday, April 18, 2013
Khasiat buah-buahan
hai semua... semoga pembaca semua tidak jemu untuk membaca blog saya ini....tetiba hari ini saya hendak menceritakan tentang khasiat-khasiat buah-buahan untuk kesihatan kita seperti anda lihat gambar di atas ini... sedap kan makan buah-buahan ini...kalau anda semua nak tahu saya penggemar buah anggur...hehehe...nak yang mahal je kan...demand je lebih kan...huhuhu
pertama sekali saya hendak berceritakan tentang buah anggur yang saya gemari...nyum nyum....buah anggur ini dapat mengelakkan kita dari penyakit kanser, strok, penyakit jantung dan tidak mudah lupa ingatan. Selain itu, ia dapat menjaga kesihatan kulit kita dan boleh menghindarkan diri kita dari gastrik...banyakkan khasiat buah ini ..kebanyakan dari kita hanya tahu makan tanpa mengetahui khasiat yang ada pada buah tersebut.
hah kat sini siapa yang suka jus oren? tahu tak yang buah oren ini dapat mengembangkan otak dan mengawal tekanan darah kita.
Buah epal pula dapat mencegahkan diri kita dari kenaikan berat badan.. patutlah pendiet-diet diluar sana mengamalkan makan buah epal, rupanya ia membantu menurunkan berat badan...
Sampai disini sahaja perkongsian saya ya kengkawan... nanti ada masa terluang saya update lagi ya semua!!!
Pantang lepas bersalin
Hari ini baru sempat saya hendak update blog ni...ok la you all saya hendak bercerita pengalaman saya menjaga kakak ipar saya yang baru bersalin anak kedua pada tahun lepas. Anaknya betul-betul comel tau, nama dia Nur Jasmin Huda binti Rozaini, Pengalaman saya menjaga ibu yang baru bersalin betul-betul mengujakan diri saya dan memenatkan saya untuk menjaga anaknya yang pertama yang bernama Mohammad Sufi. Maklumlah dapat adik baru kan, mama dia pun tidak sempat nak bagi kasih sayang sepenuhnya. So, saya sebagai cik ngah dia kenalah jaga dia...opsss cik ngah? dah pangkat mak ngah kot...hehehe... kelakar kan ... maklumlah saya tidak ada pengalaman lagi dalam bab-bab gini kan...
inilah anak buah saya yang kedua...berat dia 3.5 kg tau...semangatkan pipi dia...
inilah abang dia yang semakin nakal sejak dapat adik...huhuhu
Baiklah pertama sekali lepas kakak saya tu bersalin keadaan dia agak lemah sedikit..ye la kan bersalin ni menggunakkan tenaga yang banyak.betul tak? peranan saya perlulah menolong dia untuk bergerak ke sana terutamanya bila dia hendak kena tandas...
Selain itu, saya selalu mengingatkan dia untuk meletakkan minyak herba ketika dia memakai bengkung untuk mengemaskan rahim dia semula. Tambahan pula, amalan bengkung ini dapat mengawal berat badan kita dari kegemukan tau.
Dari segi pemakanan perlu dititik beratkan, beliau banyak minum air masak dan mengamalkan minuman herba yang disediakan oleh ibu saya. Bak kata ibu saya, jika beliau makan makanan yang berkhasiat, ia dapat menghasilkan susu berkhasiat untuk menyusu anaknya.
Inilah coretan dari saya, nanti kita sambung lagi ye...ok la saya hendak tidur dulu....selamat malam ye kengkawan....semoga hari esok lebih baik dari hari ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)