Wednesday, April 17, 2013

Impian yang tidak tercapai

Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika  terlibat aktiviti kokorikulum di universiti saya. kalau anda semua hendak tahu, saya dulu pernah terlibat dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di bawah naugan askar wataniah di Malaysia ini.

Malangnya disini, saya tidak  bertahan lama untuk melibatkan diri dalam pasukan tersebut kerana saya mengalami masalah kesihatan yang sedikit banyak mengganggu saya untuk  menjalani aktiviti yang agak berat dalam pasukan tersebut. saya telah menghadapi penyakit Arthritis iaitu penyakit radang sendi. 
pada mulanya saya menyedari tentang penyakit ini apabila kaki saya mula merasakan sengal-sengal, tidak mampu untuk berdiri dengan lama, kaki  akan bengkak apabila melakukan aktiviti lasak seperti naik gunung dan sebagainya. kadang-kadang saya merasakan sakit pada kaki  membuatkan saya tidak tidur dengan lena. 

Apabila saya tidak berasa selesa dengan keadaan itu, saya merujuk pada doktor dan menceritakan masalah yang saya alami dan doktor mengesahkan saya mempunyai penyakit tersebut.
lalu saya membuat keputusan untuk menarik diri dari pasukan PALAPES tanpa rela hati dan impian saya untuk menjadi askar terkubur begitu sahaja... huhuhu....

Gejala-gejala awal yang kita hadapi penyakit ini ialah:


  •  sakit pada sendi
  • pembengkakkan pada sendi
  • pembatasan gerakan 
  • kekakuan pada sendi
tips-tips untuk menghidarkan dari penyakit ini ialah;

  • memperbanyakkan minum air kosong bagi mengurangkan sakit tersebut.
  • memperbanyakkan minum susu kerana dipercayai susu merupakan salah satu minuman yang mengandungi kandungan kalsium yang sangat bagus bagi kesihatan tulang dan sendi.
  • menghindari dari kegiatan mengangkat berat kerana ia membantu meringankan sistem kerja tulang dan sendi.









No comments:

Post a Comment