Thursday, April 18, 2013

Khasiat buah-buahan


hai semua... semoga pembaca semua tidak jemu untuk membaca blog saya ini....tetiba hari ini saya hendak menceritakan tentang khasiat-khasiat buah-buahan untuk kesihatan kita seperti anda lihat gambar di atas ini... sedap kan makan buah-buahan ini...kalau anda semua nak tahu saya penggemar buah anggur...hehehe...nak yang mahal je kan...demand je lebih kan...huhuhu

pertama sekali saya  hendak berceritakan tentang buah anggur yang saya gemari...nyum nyum....buah anggur ini dapat mengelakkan kita dari penyakit kanser, strok, penyakit jantung dan tidak mudah lupa ingatan. Selain itu, ia dapat menjaga kesihatan kulit kita dan boleh menghindarkan diri kita dari gastrik...banyakkan khasiat buah ini ..kebanyakan dari kita hanya tahu makan tanpa mengetahui khasiat yang ada pada buah tersebut.

hah kat sini siapa yang suka jus oren? tahu tak yang buah oren ini dapat mengembangkan otak dan mengawal tekanan darah kita. 


Buah epal pula dapat mencegahkan diri kita dari kenaikan berat badan.. patutlah pendiet-diet diluar sana mengamalkan makan buah epal, rupanya ia membantu menurunkan berat badan...





Sampai disini sahaja perkongsian saya ya kengkawan... nanti ada masa terluang saya update lagi ya semua!!!

Pantang lepas bersalin

Hari ini baru sempat saya hendak update blog ni...ok la you all saya hendak bercerita pengalaman saya menjaga kakak ipar saya yang baru  bersalin anak kedua pada tahun lepas. Anaknya betul-betul comel tau, nama dia Nur Jasmin Huda binti  Rozaini, Pengalaman saya menjaga ibu yang baru bersalin betul-betul mengujakan diri saya dan  memenatkan saya untuk menjaga anaknya yang pertama yang bernama Mohammad Sufi. Maklumlah dapat adik baru kan, mama dia pun tidak sempat nak bagi kasih sayang sepenuhnya. So, saya sebagai cik ngah dia kenalah jaga dia...opsss cik ngah? dah pangkat mak ngah kot...hehehe... kelakar kan ... maklumlah saya tidak ada pengalaman lagi dalam bab-bab gini kan...
inilah anak buah saya yang kedua...berat dia 3.5 kg tau...semangatkan pipi dia...
inilah abang dia yang semakin  nakal sejak dapat adik...huhuhu

Baiklah pertama sekali lepas kakak saya tu bersalin keadaan dia agak lemah sedikit..ye la kan bersalin ni  menggunakkan tenaga yang banyak.betul tak? peranan saya  perlulah menolong dia untuk bergerak ke sana terutamanya bila dia hendak kena tandas...
Selain itu, saya selalu mengingatkan dia untuk meletakkan minyak herba ketika dia memakai bengkung untuk mengemaskan rahim dia semula. Tambahan pula, amalan bengkung ini dapat mengawal berat badan kita dari kegemukan tau. 
Dari segi pemakanan perlu dititik beratkan, beliau banyak  minum air masak dan mengamalkan minuman herba yang disediakan oleh ibu saya. Bak kata ibu saya, jika beliau makan makanan yang berkhasiat, ia dapat menghasilkan susu  berkhasiat untuk menyusu anaknya.
Inilah coretan dari saya, nanti kita sambung lagi ye...ok la saya hendak tidur dulu....selamat malam ye kengkawan....semoga hari esok lebih baik dari hari ini...

Wednesday, April 17, 2013

Impian yang tidak tercapai

Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika  terlibat aktiviti kokorikulum di universiti saya. kalau anda semua hendak tahu, saya dulu pernah terlibat dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di bawah naugan askar wataniah di Malaysia ini.

Malangnya disini, saya tidak  bertahan lama untuk melibatkan diri dalam pasukan tersebut kerana saya mengalami masalah kesihatan yang sedikit banyak mengganggu saya untuk  menjalani aktiviti yang agak berat dalam pasukan tersebut. saya telah menghadapi penyakit Arthritis iaitu penyakit radang sendi. 
pada mulanya saya menyedari tentang penyakit ini apabila kaki saya mula merasakan sengal-sengal, tidak mampu untuk berdiri dengan lama, kaki  akan bengkak apabila melakukan aktiviti lasak seperti naik gunung dan sebagainya. kadang-kadang saya merasakan sakit pada kaki  membuatkan saya tidak tidur dengan lena. 

Apabila saya tidak berasa selesa dengan keadaan itu, saya merujuk pada doktor dan menceritakan masalah yang saya alami dan doktor mengesahkan saya mempunyai penyakit tersebut.
lalu saya membuat keputusan untuk menarik diri dari pasukan PALAPES tanpa rela hati dan impian saya untuk menjadi askar terkubur begitu sahaja... huhuhu....

Gejala-gejala awal yang kita hadapi penyakit ini ialah:


  •  sakit pada sendi
  • pembengkakkan pada sendi
  • pembatasan gerakan 
  • kekakuan pada sendi
tips-tips untuk menghidarkan dari penyakit ini ialah;

  • memperbanyakkan minum air kosong bagi mengurangkan sakit tersebut.
  • memperbanyakkan minum susu kerana dipercayai susu merupakan salah satu minuman yang mengandungi kandungan kalsium yang sangat bagus bagi kesihatan tulang dan sendi.
  • menghindari dari kegiatan mengangkat berat kerana ia membantu meringankan sistem kerja tulang dan sendi.