Saturday, March 23, 2013

sarapan sangat penting!!!

Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang amalan mengambil sarapan pada waktu pagii adalah  penting untuk diri kita sebelum memulakan sesuatu kerja. Selain itu, dengan pengambilan sarapan juga boleh memberi tenaga yang kuat kepada kita dan  sentiasa kelihatan cergas dan bermaya pada setiap masa. 






               
  makanan seperti di atas pun sudah memadai untuk mengalas perut daripada kesakitan yang akan mengundang anda semua seperti gastrik. Roti dan susu juga merupakan  makanan yang paling ideal dan ringkas.

Pada zaman kini, ramai yang memilih makan makanan ringan atau snek yang kurang berkhasiat dan berkalori tinggi untuk bersarapan. Sesetengah mereka  percaya bahawa meninggalkan sarapan pagi dan mengambil makanan tengahari dengan kuantiti yang banyak sudah memadai. Malah ada juga yang berpendapat bahawa meninggalkkan sarapan pagi boleh mengurangkan berat badan. Malangnya, persepsi masyarakat kini salah kerana hakikatnya  boleh mengekalkan berat badan mereka dengan mengamalkan sarapan pagi dalam kehidupan harian mereka. Selalunya makanan sarapan pagi penuh dengan protein dan serat yang tinggi.




Say No pada snack ye kengkawan!!! kalau tidak jadilah buncit macam gambar di bawah ni..hehehe



No comments:

Post a Comment