Saya merupakan pelajar yang menuntut di sebuah institut pengajian awam yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Sejak menjak ini saya sering tidak mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti akibat kesibukan dalam menyiapkan tugasan yang semakin hari semakin banyak. huh! macam ginilah kalau dinamakan pelajar, assignment dengan diri pelajar memang tidak dapat dipisahkan ibarat aur dan tebing. tidak begitu? baiklah di sini saya ingin berkongsi sebanyak sedikit tips-tips untuk mendapat tidur yang berkualiti supaya kita selalu kelihatan cergas setiap hari...
tips untuk mendapat tidur yang berkualiti
- tidur dalam bilik yang gelap, sunyi dan mengalami pengudaran yang baik.
- tidur perlulah dalam keadaan berselimut.
- tidur dalam keadaan badan yang lurus, jangan tidur dalam keadaan membengkok kerana dikhuatiri sakit badan selepas bangun dari tidur.
- tidur awal dan selewat-lewatnya tidur pada pukul 11 malam setiap hari.
- mengamalkan minum segelas air putih atau susu sebelum dan selepas tidur, elakkan dari minum minuman yang berkafein.